Sobireen's Fotopage

By: xx xxx

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  >  >>]    [Archive]
Monday, 6-Apr-2009 21:40 Email | Share | | Bookmark

 


Thursday, 5-Feb-2009 11:25 Email | Share | | Bookmark
SULAMAN KISWAH..!!

 
 
 
View all 7 photos...
SEPERTI YANG AKU JANJI KAN, hari ni aku nak tunjuk kan sikit2 gambar & stori2 sket ah pasal sulaman untuk kiswah / kelambu Kaabah ni..!



Daripada pemerhatian aku, kat kilang dia ni, ada 3 sektor besar.. yang mula2 sektor menenun kain Kaabah yang dlm gmbr smlm tu, ke-2, sektor sulaman ni.. ke-3 nanti, sektor interior pulak.. mcmana dorang buat kain yang memenuhi ruang dinding sebelah dalam Kaabah..







basicly, sulaman yang dorang buat ni sbenar nya ada 16 keping.. which is, 4 kepingan besar pada satu side Kaabah tu.. kemudian ia akan disambung2 pada kelambu hitam yang aku tunjuk kan smlm tu kan.. lps tu, nanti baru lah dorang pasang pada keliling Kabah..



Tempoh masa untuk menyiap kan satu set kiswah ni memakan masa selama setahun.. dan ia akan ditukar pada setiap tahun.. begitu juga pembersihan kawasan dalam Kaabah juga dibuat setahun sekali.. ia dilakukan sendiri oleh King Abdullah..

DUA TAHUN LEPAS, ramadhan, aku sendiri dapat menyaksika King Abdullah membersihkan sebelah dalam Kaabah.. bila pintu emas Kaabah tu di buka, ramaaai yang berlari menuju ke situ nak tengok sendiri apa yang ada kat dalam..



Sulaman emas & perak pada kiswah ini menggunakan benang yang berbeza daripada sulaman2 lain.. ia menggunakan benang yg diperbuat daripada perak, memang tebal & keras benang ni.. macam dawai letrik pun ada..!! sbb tu colour dia naik.. merelip la kan..



Kelihatan pakcik ni sedang menjahit benang bulu yg tebal pada khat2 yang telah di lukis pada kain tersebut.. effect ni akan menjadikan khat2 emas & perak itu kelihatan timbul.. setelah dijahit benang2 bulu itu, barulah benang logam emas & perak itu di jahit / di lilit pada khat terbabit..

Esok, aku akan menunjuk kan,
BAGAIMANA RUPA SEBELAH DALAM KAABAH & bagaimana ia di jahit..


Wednesday, 4-Feb-2009 15:50 Email | Share | | Bookmark
KISWAH..!!

 
 
 
View all 6 photos...


TADI AKU GI teman kawan2 aku gi visit kilang buat kelambu kaabah.. hari ni aku nak buat pengenalan tentang proses pembuatan ni.. explanation, dalam besok punye entry..



Anda perasan tak kelambu hitam yang membaluti kaabah tu..? haaa kat sini la dorang buat.. abang yang kat atas ni tgh susun2 benang yang nanti masuk dlm mesin tu lps tu, keluar jadi kain yang telah tersulam ayat2 suci didalam nye..



kalau dulu dorang guna tangan.. tapi skrg dorang dah guna mesin.. mmg nampak canggih la kan.. tapi ada yg berpendapat, dah takde keistimewaan nye lagi.. disebabkan masa yang suntuk, lebih baik guna mesin..



ini baru dia punye kain.. sulaman emas yang kilat2 tu nanti next entry aku tunjuk...!!



ini adalah benang yang digunakan dalam proses tenunan tu tadi.. banyaak... tapi masa aku pegi td ramai org yg sama2 visit tmpt ni.. sempat la jugak paparazzi gmbar dorang..



ENTRY SETERUSNYA :
aku tunjuk kan gambar proses sulaman emas untuk kain kelambu Kaabah ni nanti..


Sunday, 1-Feb-2009 17:22 Email | Share | | Bookmark
SAY HELLO TO MY NEW ASSISTANT..!!!

 
 
 
MEMANDANGKAN PDA aku yg dulu tu dah pekak sket.. bila bcakap tu dah siap nak kene jerit2..

NALURI aku berkata "ini sudah lebihhhh..!!!!" so, aku pi cari assistant aku yang baru..

ini lah dia



Aku admire handphone ni sbb dia senang.. one touch je.. semua nya ada shortcut.. termasuk keyboard "QWERTY" dia tu.. susunan yg menarik.. tapi agak kecik sikit.. bagi org yg berjari runcing mcm aku ni, senang la.. tp kalau jari besar, tekan satu huruf, 4 huruf yang keluar.. kecik sgt button dia..

Kalau aku beli kat Malaysia, keyboard dia takde tulis arab.. ada alif, ba, ta.. baru laa rasa mcm berimaaann jek .. ahahahahahahahah..!!!!





Friday, 30-Jan-2009 10:47 Email | Share | | Bookmark
KEADAAN TERKINI MASJIDIL HARAM..!!!

 
 
 
View all 5 photos...
SEMALAM, 29 Januari 2009, Aku pegi lunch dgn Chairman syarikat aku.. dia dtg untuk official visit.. kitoran lunch dekat SAFWA ROYALE ORCHID.. Hotel tu 50% milikan FELDA.. pada hemat aku, hotel ni best gile.. betul2 facing KAABAH..!! tercatat sebagai "THE NEAREST HOTEL TO THE HOLY KAABAH"..!! dari tingkap bilik, aku buleh nampak Kaabah dgn jelas..!

NI LAH PELUANG pertama dan terakhir aku dok dlm suite hotel ni.. sbb kalau nak di ikut kan kemampuan, mmg jauh sekali.. rate dia reaching RM 1,600.00 satu malam.. tu pun dah dpt diskaun 10% sbb aku org malaysia.. tunjuk MYKAD, dpt 10% diskoun..!!

SUKA AKU INGAT KAN BAHAWA,

masa aku pegi hotel ni, aku tak bawak kamera.. so, yang ada cuma KAMERA HANDPHONE AKU YANG TAK BEST..! Image agak kurang menarik..

OLEH ITU, AKU LAPORKAN KEADAAN TERKINI MASJIDILHARAM..!!



GAMBAR atas ni di hamek mase aku tgh dok perhati Kaabah tu dari Suite tingkat 17 hotel ni..



GAMBAR ATAS ni menunjuk kan keadaan terkini masjidil haram dari atas.. kelihatan manusia sedang meunaikan solat Zohor berjamaah.. time ni baruuuuu je azan zohor.. ( tapi kenape aku tak pegi solat zohor saing dorang kat situ ek..?? )



KELIHATAN SEBAHAGIAN dari jemaah menunai kan solat di luar masjidil haram.. Suka aku ingat kan bahawa time ni masjid mmg penuh.. yang dekat dgn Kaabah tu cuma sebilangan jemaah yang tahan dgn kepanasan terik matahari.. Zohor kul 12.35 tghari.. panas tak panas leee... yang kat luar tu, dorang form saf dkt tmpat redup.. tu yang nampak tak teratur tu.. tapi sah ke smyg ek kalau saf dah putus..????



KELIHATAN pembinaan untuk membesar kan laluan SA'IE masih giat dijalan kan.. yang mana bukit yang pada hujung gmbr sblh atas tu adalah bukit MARWAH.. yang dekat ni, SAFWAH..! tempat sa'ie dah semakin besoor dah skrg.. dan masih lagi diperbesar kan.. selaras dgn pembesaran JAMRAH yang aku tgh buat kat Mina skrg ni..!!



KELIHATAN kedai2 yang berhampiran dgn kawasan masjid telah diroboh kan.. hotel2 dan mana2 kedai yang dulu dekaaat je dgn masjid, skrg dah takde lagi.. yang tinggal cuma bukit yang dah botak.. ihihihih.. ini untuk memberi laluan kepada pembesaran / expansion compound masjidil haram.. tak lama lagi, makin ramai la umat islam dapat menunai kan haji.. sebab masjid dah besar, sa'ie dah besar & jamrah pun dah besar ( kitorang yg buat tu ).. cuma hotel agak jauh dr kawasan masjid..

ape pun, ALLAH maha besar..!! Segala puji bagi Allah swt atas segala rahmat dan kurnia kepada seluruh umat..!!

Quote:
OUT OF THE BOX..!!!
SOMEHOW, I FOUND THIS LYRIC IS SOOO DRAMATIC..!!

In the time of chimpanzees I was a monkey
Butane in my veins and I’m out to cut the junkie
With the plastic eyeballs, spray-paint the vegetables
Dog food stalls with the beefcake pantyhose
Kill the headlights and put it in neutral

Stock car flamin’ with a loser and the cruise control
Baby’s in reno with the vitamin d
Got a couple of couches, sleep on the love-seat

Someone came sayin’ I’m insane to complain
About a shotgun wedding and a stain on my shirt
Don’t believe everything that you breathe
You get a parking violation and a maggot on your sleeve
So shave your face with some mace in the dark
Savin’ all your food stamps and burnin’ down the trailer park

Soy un perdador
I’m a loser baby, so why don’t you kill me?


[<<  <  [1]  2  3  4  5  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net